Majlis Perbandaran Selayang Membuka 28 Kekosongan Jawatan
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong. Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Selangor. Pemohon hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Sebanyak 28 kekosongan ditawarkan bagi jawatan berikut:
| Jawatan | Taraf | Kekosongan |
|---|---|---|
| Pegawai Penerangan, Gred S9 | Tetap | 1 |
| Jurutera, Gred J9 | Kontrak | 1 |
| Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F9 | Kontrak | 1 |
| Penolong Pegawai Penerangan, Gred S5 | Kontrak | 1 |
| Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Gred JA5 | Kontrak | 1 |
| Penolong Pegawai Seni Bina, Gred JA5 | Kontrak | 1 |
| Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N1 | Tetap | 1 |
| Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N1 | Kontrak | 7 |
| Pembantu Penguat Kuasa, Gred KP1 | Kontrak | 3 |
| Pembantu Kesihatan Awam, Gred U1 | Tetap | 2 |
| Pembantu Khidmat Am, Gred H1 | Kontrak | 9 |
Gaji minimum yang ditawarkan adalah antara RM1,500 hingga RM2,250, bergantung pada jawatan dan kelayakan calon. Semua pemohon perlu mempunyai Kepujian Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred C dalam SPM/SVM atau kelayakan setaraf.
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem e-Jawatan di portal rasmi MPS. Calon dinasihatkan meneliti syarat kelayakan khusus bagi setiap jawatan serta melengkapkan semua maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk pengiktirafan kelayakan daripada MQA bagi sijil, diploma atau ijazah.
Tarikh iklan: 17 Julai 2026
Tarikh tutup: 31 Julai 2026, jam 5.00 petang
No. iklan: MPS.500-3/1/1(09)
Untuk maklumat syarat lantikan lengkap dan permohonan, layari portal rasmi MPS atau rujuk iklan jawatan penuh.

No comments:
Post a Comment